SK Marang telah mewakili Daerah Marang ke pertandingan Frol VLE sempena Program Kembara VLE Peringkat Negeri Terengganu bertempat di BTPNT pada 12/11/2015. Tahniah kerana telah memberi saingan yang sengit dan berusaha sedaya upaya memberi cabaran dalam pertandingan tersebut.
COUNTDOWN TO UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2016, at 08:00:
*UPSR - 05 - 08 SEPT 2016
Monday, 16 November 2015
Thursday, 12 November 2015
Tuesday, 10 November 2015
MINGGU KOKURIKULUM - HARI KEDUA - PEMBELAJARAN UNTUK KEHIDUPAN
Pertandingan-pertandingan hari ini lebih kepada Pembelajaran Untuk Kehidupan dengan harapan pelajar boleh dan dapat menggunakannya di masa-masa akan datang, KBAT diserapkan secara tidak langsung kepada pelajar-pelajar SKeMA... Tahniah semua
Sunday, 8 November 2015
MENGHADAPI UPSR 2016
Simulasi menjawab soalan UPSR 2016 dan penerangan format baru telah diadakan pada 5/11/2015 khas untuk bakal calon UPSR 2016.
MINGGU KOKURIKULUM HARI PERTAMA
SKeMa sedang menjalankan aktiviti minggu kokurikulum bermula 8hb hingga 12hb November 2015 sebagai aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun. Aktiviti yang dirancang menjurus lebih kepada kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatis sebagai langkah menghadapi dunia pendidikan yang memerlulan kemahiran berfikir aras tinggi. Antara aktiviti untuk hari ini ialah pertandingan catur. sambutan daripada peserta amat menggalakkan dan pertandingan berjalan dengan lancar.
Murid juga didedahkan dengan dunia kiligrafi. Dimana kesabaran dan daya fikir yang tinggi amat diperlukan bagi menghasilkan bentuk-bentuk kiligrafi yang bermutu. Murid begitu tekun menyertai pertandingan ini secara berkumpulan dan masing-masing cuba menunjuk bakat mereka yang tersendiri.
Melukis dengan mata yang tertutup memerlukan kreativiti dan tumpuan yang tinggi, daya imagenasi amat diperlukan dan disinilah pelajar menggunakan kemahiran i-think dalam merangka bentuk dan gambar. Aktiviti menyeronokkan dan pelajar dilihat bersaing dalam suasana yang menggembirakan.
Tunggu esok untuk aktiviti yang lebih mencabar....
Saturday, 11 April 2015
TAHNIAH!!!!
Pasukan Nasyid SKEMA telah meraih tempat ketiga dalam fastival Nasyid peringkat Daerah Marang tahun 2015. ini merupakan penyertaan pertama kali, tahniah kepada semua jurulatih dan pengurus serta penyokong-penyokong yang berusaha melatih dan membimbing pelajar kita. Moga tahun hadapan pasukan ini makin hebat.
Thursday, 2 April 2015
KATEGORI DIFFICULT PEOPLE
1.
The tank
2.
The sniper
3.
The grenade
4.
The know it all
5.
The think they
know it all
6.
The yes person
7.
The nothing
person
8.
The no person
9.
The whiner
KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON 2
Tahniah!!! Johan bercerita Tahap satu, ketiga kategori bercerita tahap 2 dan pidato peringkat Zon 2 Marang.
Friday, 27 March 2015
Murid-murid pada abad ke-21 ini merupakan murid pascamerdeka yang aktif dalam serba bidang. Hal ini menuntut guru-guru mengetepikan sikap jelik ‘nato’ dalam mendepani kerenah murid masing-masing dengan minda yang terbuka selain mendidik mereka agar tidak sekali-kali meminggirkan kesantunan budi bahasa. Jadilah guru yang selalu kasih akan muridnya tanpa mendambakan sebarang balasan.
Selain itu, guru nan berwibawa perlu menerokai pelbagai disiplin ilmu kurniaan Ilahi dengan ikhlasnya kerana yakinlah bahawa apabila minda guru cerdas dan kuat, pengetahuan muridnya jua pasti mencapah sekali gus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut terserlah.
Kesimpulannya, peribahasa ‘leluhur ular menyusur akar’ tidak akan hilang bisanya masih malar segar dalam ranah kehidupan seseorang guru kini. Setiap guru mempunyai nuansa yang cukup ampuh dan nirmala untuk menjadi guru yang bercita-cita tinggi, sekali gus menjayakan PPPM pada abad ke-21 ini.
Bahasa Sendi Tamadun Bangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































