COUNTDOWN TO UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2016, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

Sunday 8 November 2015

MINGGU KOKURIKULUM HARI PERTAMA

SKeMa sedang menjalankan aktiviti minggu kokurikulum bermula 8hb hingga 12hb November 2015 sebagai aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun. Aktiviti yang dirancang menjurus lebih kepada kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatis sebagai langkah menghadapi dunia pendidikan yang memerlulan kemahiran berfikir aras tinggi. Antara aktiviti untuk hari ini ialah pertandingan catur. sambutan daripada peserta amat menggalakkan dan pertandingan berjalan dengan lancar.  






 Murid juga didedahkan dengan dunia kiligrafi. Dimana kesabaran dan daya fikir yang tinggi amat diperlukan bagi menghasilkan bentuk-bentuk kiligrafi yang bermutu. Murid begitu tekun menyertai pertandingan ini secara berkumpulan dan masing-masing cuba menunjuk bakat mereka yang tersendiri.





Melukis dengan mata yang tertutup memerlukan kreativiti dan tumpuan yang tinggi, daya imagenasi amat diperlukan dan disinilah pelajar menggunakan kemahiran i-think dalam merangka bentuk dan gambar. Aktiviti menyeronokkan dan pelajar dilihat bersaing dalam suasana yang menggembirakan. 
Tunggu esok untuk aktiviti yang lebih mencabar....